“Malaysia Masih Mundur..”- Netizen Mahu TnG Tiru Indonesia, Tambah Nilai Kad Di Atas Talian

Digital
14 Jan 2022 • 12:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG) dan juga SmartTag memang tidak asing lagi buat pengguna lebuh raya bagi urusan pembayaran tol melalui kaedah itu.

Terbaru, pengguna lebuh raya kini boleh menggunakan kaedah RFID selain TnG dan SmartTag dan khabarnya ianya bakal dikembangkan secara meluas pada tahun ini.

image is not available

Sumber : SoyaCincau  

Meskipun begitu, sudah banyak aduan mengenai penggunaan kad TnG yang mula diperkenalkan sejak tahun 2018 namun masih lagi tidak menyokong perkhidmatan tambah nilai kad di atas talian yang lebih memudahkan pengguna.

Tular di media sosial Twitter apabila seorang pengguna bernama @Zuliana_Azira2 yang berkongsi satu video pendek yang memaparkan pengguna jalan raya Indonesia yang menambah nilai kad dengan kaedah e-money melalui aplikasi mudah alih dan fungsi NFC pada telefon pintar.

Dalam video itu, wanita tersebut hanya membuka aplikasi mudah alih dan mengimbas kad prabayar miliknya di atas telefon pintar untuk pengesahan setelah memilih jumlah tambah nilai dan terus membuat pembayaran.

Proses tambah nilai yang ditunjukkan wanita itu terlihat sungguh pantas dan singkat dan berikutan itu, ramai netizen berharap agar pihak TnG mengadaptasi sistem yang sama seperti itu.

Tidak perlu lagi ke mesin layan diri ataupun singgah di stesen minyak hanya semata-mata untuk menambah nilai kad prabayar masing-masing, netizen menganggap Malaysia masih ‘mundur’ ataupun tidak ‘up-to-date’ dalam isu-isu seperti ini.

image is not available

Sumber : Twitter  

Dalam hantaran yang lain, pihak Touch ‘N Go menjelaskan bahawa kad keluaran mereka itu merupakan kad pintar tanpa sentuh yang mempunyai mikrocip di dalamnya.

Sehubungan dengan itu, kad fizikal milik pelanggan perlu disentuh di mana-mana terminal tambah nilai untuk urusan tersebut.

12 bulan lalu

Pengguna Mahukan Tambah Nilai Kad Touch n Go Melalui Aplikasi, Ini Jawapan Yang Ditunggu-Tunggu