OKT cuba lari, polis siasat anggota disyaki cuai

15 Jan 2022 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis akan menjalankan siasatan terhadap anggotanya yang disyaki cuai membabitkan kejadian seorang orang kena tahan (OKT) cuba melarikan diri di hadapan Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih pada Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan perlu dilakukan sebelum tindakan tatatertib diambil.

"Sebelum tindakan tatatertib diambil, kita kena siasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Rabu, media melaporkan seorang OKT cuba melarikan diri ketika menaiki lori polis di hadapan klinik berkenaan selepas melakukan ujian saringan Covid-19.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila OKT berkenaan berjaya ditahan semula pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian.

Kejadian itu turut tular menerusi satu video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok.