“Poligami Itu Lebih Indah” – Pinangkan Madu Untuk Suami, Isteri Pertama Akui Seronok Ada Kawan

Entertainment
26 Jan 2022 • 9:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apabila bercakap soal poligami ini, kebanyakkan yang kita selalu dengar adalah kesedihan dan kepahitan yang dilalui si isteri sepanjang tempoh berkongsi kasih hati.

Biarpun ada sesetengah yang rela bermadu dan diri sendiri yang pergi meminangkan buat si suami, tetap saja ramai yang merasakan isteri pertama hanya pura-pura gembira.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, dimana kisahnya mengahwini untuk kali kedua telah mengundang pelbagai reaksi dari warganet.

Kelihatan dari video yang dikongsikan, lelaki itu membuat satu kompilasi gambar lalu dijadikan video yang memaparkan sekitar majlis perkahwinan buat kali kedua.

Difahamkan melalui individu terbabit, isteri keduanya dipinang sendiri oleh isteri pertamanya, malah wanita itu jelas sekali tidak kekok ketika menghadiri majlis suaminya itu.

Menerusi satu lagi video yang dimuatnaik bagi menjawab pertanyaan warganet yang mengatakan raut wajah isteri pertama menunjukkan kesedihan, beliau menafikan serta berkata berasa seronok kerana jumlah ahli keluarga bertambah.

Biarpun si isteri sendiri telah mengaku berasa gembira dengan perkahwinan ini, netizen masih berbelah-bahagi, ada yang mendoakan kebahagian keluarga itu dan ada juga bersimpati dengan isteri pertama.

image is not available

Sumber : TikTok 

image is not available 3 bulan lalu

Terima Banyak Permohonan Jadi Madu Poligami, Ezlynn Terkejut Dengan Sokongan Padu Para Wanita

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved