Celcom Perkenal Perkhidmatan Penstriman Permainan Video Di Malaysia – Lebih 400 Permainan, Bermula RM40 Sebulan

TechnologyGamingDigital
21 Jan 2022 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Celcom hari ini memperkenalkan sokongan permainan awanan (cloud gaming) untuk para pelanggan mereka, sekaligus menjadikan Celcom yang pertama menawarkan perkhidmatan seumpamanya.

Celcom bekerjasama dengan Radian Arc dan Blacknut untuk tujuan ini, sekaligus membolehkan pengguna menikmati lebih 400 permainan awanan pada harga RM40 sebulan.

image is not available

Radian Arc dan Blacknut menggunakan teknologi GPU Edge, dan data diproses bersama pada rangkaian penyedia. Dengan langkah ini, pengguna boleh menikmati sesuatu permainan video tanpa perlu risau kemampuan peranti atau menggunakan storan besar.

Platform ini tersedia untuk kebanyakkan peranti Android, PC, Mac, dan juga iOS.

Dengan pengenalan perkhidmatan ini, Celcom turut menawarkan akses untuknya secara percuma bagi tempoh sebulan untuk pelanggan Celcom Max.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved