“Patutlah Cantik Semacam” – Netizen ‘Siasat’ Harga Air Jordan Nabil Ahmad Cecah RM11,919!

11 Jan 2022 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap minggu konsert Gegar Vaganza pastinya ada yang menjadi perhatian dan pada minggu kelapan baru-baru ini, bukan peserta tetapi kasut pengacara yang menjadi sebutan.

Menerusi Twitter, seorang individu berkata dia tertarik dengan kasut yang digayakan Nabil Ahmad pada konsert tersebut. Nabil dilihat memakai Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 bersama sut berwarna oren.

image is not available

Tidak berhenti di situ, dia kemudian terus melakukan ‘siasatan’ untuk mencari harga kasut tersebut di pasaran. Menerusi tweet itu, netizen berkenaan mendedahkan kasut dipakai oleh bapa anak tiga itu berharga USD 2833 (RM11,919.85)!

Patutlah aku perati kasut Nabil ni cantik semacam je.”

Bagi penggemar kasut sememangnya mereka akan tertarik dan sudah tentu Air Jordan dipakai oleh Nabil menjadi perhatian ramai penonton. Malah, Nabil sendiri pernah berkata dia seorang yang suka mengumpul kasut jadi tidak hairanlah dia memiliki banyak kasut mahal dan keluaran terbaru.

image is not available 2 minggu lalu

Nabil Ahmad Sebak Lihat Mangsa Banjir Yang Kelaparan Ketuk Cermin Kereta Ketika Sertai Misi Bantuan