Pantone Memperkenalkan SkinTone Validated – Pengiktirafan Paparan Warna Kulit Yang Adil Pada Monitor

TechnologyDigital
7 Jan 2022 • 7:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Terdapat banyak piawaian dan pengiktirafan diperlukan, untuk sesuatu produk dibeli oleh orang. Kalau Apple kena ada MFI, kalau nak audio enak kena ada Dolby, kalau skrin cantik kena ada HDR dan pelbagai lagi.

Pantone di CES 2022 telah memperkenalkan pula piawaian warna baharu untuk digunakan pada paparan atau monitor. Ia adalah pengiktirafan jika sesuatu paparan dapat memaparkan warna kulit dengan tepat – SkinTone Validated.

image is not available

Pantone menggunakan panduan warna kulit tersendiri mereka dengan 110 tona warna kulit berbeza daripada ribuan sampel pelbagai kaum, umur.

Dengan pengiktirafan ini, artis warna, pengguna atau mereka yang memiliki monitor ini kelak dapat melakukan kerja seperti suntingan dengan hasil lebih realistik kerana warna lebih dekat dengan nyata.

image is not available

Pantone bekerjasama dengan BenQ untuk SkinTone Validated ini digunakan pada dua monitor khusus untuk pengguna kreatif, DesignVue PD3205U dan PD2705U. Piawaian ini juga akan dikembangkan ke lebih banyak produk akan datang.

image is not available

SkinTone ini adalah seakan RealTone pada Pixel 6, kamera akan menghasilkan warna hasil imej lebih adil. Kelak akan ada lebih banyak produk dengan pengiktirafan ini untuk keadilan semua.