“Kalau Gaji 3-5K Sebulan, Korang Pakai Je Perodua” – Netizen Setuju Dengan Pendapat Pasal Kereta Ini

Cars
10 Jan 2022 • 5:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap orang semestinya mempunyai kereta kegemaran atau idaman masing-masing, betul tak? Kadang kala ada yang sanggup ikat perut atau adjust perbelanjaan bulanan sebab nak pakai kereta idaman tu.

Lain orang lain sebab kenapa mereka mahu pakai sesebuah kereta yang diimpikan tu. Ada orang sebab nak nampak mewah atau nak show off, ada yang kerana berminat dengan spec atau design kereta tu.

Apa-apa pun seharusnya kita ukur baju di badan sendiri, pakai kereta mengikut kemampuan. Nasihat dan pendapat seorang pengguna di Twitter baru-baru mendapat sambutan serta ramai bersetuju dengan point dikatakannya.

Kalau gaji 3-5K sebulan korang pakai je Perodua.”

image is not available

Menurutnya di Twitter, tidak perlulah pakai kereta yang mahal dan ada sebab mengapa kereta lokal lebih sesuai dan elok dipakai bagi mereka yang bergaji seperti dinyatakan.

Katanya, maintenance dan spare parts kereta lokal lebih murah dan senang dicari di mana-mana. Selain itu, sekiranya berlaku apa-apa masalah tidak diingini seperti banjir, kos untuk membaiki kereta tersebut lebih murah berbanding kereta jenama luar.

Menerusi ruangan tweet tersebut, ramai warganet dilihat bersetuju dengan apa yang dikatakan individu tersebut. Ada yang berkata kenderaan itu hanyalah alat untuk bergerak dan jika mampu sekalipun, lebih baik duit yang ada digunakan untuk melabur.

Seorang individu pula berkata jika pakai kereta lokal ‘awek’ tak pandang. Mungkin sebab itulah ramai memilih untuk memakai kereta luar yang jauh lebih mahal.

Admin bersetuju dengan pendapat individu tersebut kerana duit yang ada lebih baik kita laburkan untuk masa depan. Atau boleh juga simpan untuk digunakan membeli rumah.

Lagipun kereta jenama lokal sekarang pun performance hebat kan!

image is not available 18 jam lalu

Perlu RM60,000 Untuk Kos Baik Pulih Kereta Honda Selepas Banjir, Netizen Turut Tumpang Simpati