Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam

18 Jan 2022 • 10:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu pada Selasa.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar hari yang bermakna kepada semua penganut Hindu itu diraikan dengan penuh keceriaan dan kedamaian di samping mengutamakan keselamatan diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa," menurut hantaran itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved