Tiga wanita ditahan bersama lebih 1kg syabu

21 Jan 2022 • 2:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Tiga wanita diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dan merampas sejumlah 1.18 kilogram (kg) dadah jenis syabu selepas kenderaan yang mereka naiki ditahan semasa Op Tapis di kawasan Bandar Sabindo di sini, sekitar jam 12 tengah hari, Isnin lepas.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Peter Umbuas, berkata wanita tersebut terdiri daripada dua warga tempatan dan seorang warga Filipina masing-masing berusia 28, 35, dan 44 tahun.