EXCO puji anggota penguat kuasa, tenang berdepan provokasi

6 Jan 2022 • 10:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 JAN: EXCO pengangkutan memuji tindakan seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang tenang mengendalikan provokasi seorang lelaki ketika bertugas pada Selasa.

Ng Sze Han berkata tugas menguatkuasa undang-undang bukan mudah kerana perlu bertindak terhadap aduan penduduk dan pada masa berdepan kecaman jika tindakan diambil terhadap pelakunya.

“Saya ingin mnengucapkan tahniah kepada pegawai penguat kuasa MPKS dalam video berkenaan yang tenang mengendalikan situasi itu. Beliau tidak bertindak balas. Ini satu contoh yang baik,” katanya di Facebook hari ini.

Sze Han turut mengingatkan adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak menghalang tugas penjawat awam.

Kejadian pada 9.45 pagi di Saujana Utama, Sungai Buloh itu berlaku ketika anggota terbabit memantau bayaran kupon parkir.

Anggota penguat kuasa MPKS itu tiba-tiba dihampiri lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat serta ancaman kerana tidak berpuas hati selepas dikompaun kerana meletakkan motosikal di petak orang kelainan upaya (OKU).

Susulan itu anggota berkenaan membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama kerana diugut dan menghalang tugasnya sebagai penjawat awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved