Tunku Azizah lawat Agong

24 Jan 2022 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menziarahi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Institut Jantung Negara (IJN), pada Isnin.

Kenderaan yang membawa Seri Paduka Baginda dilihat keluar pada jam 8.05 malam dan Tuanku sempat melambai kepada pihak media ketika beredar meninggalkan pekarangan tersebut.

Pada Ahad, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin memaklumkan Seri Paduka Baginda telah berkenan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja IJN.

Beliau berkata, pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang telah dijalankan oleh Seri Paduka Baginda pada September 2020.