Microsoft Surface Pro 8: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
21 Jan 2022 • 4:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Microsoft telah memulakan program tempahan untuk mendapatkan Surface Pro 8. Ini adalah komputer 2-dalam-1 yang dilancarkan bersama-sama Surface Laptop Studio dalam bulan September 2021 yang lalu.

image is not available

Harga Surface Pro 8 di Malaysia

Ada sebanyak 5 varian Surface Pro 8 boleh anda dapatkan di Malaysia, berbeza pada CPU, RAM, dan storannya. Berikut adalah varian-varian tersebut:

  • Surface Pro 8, Intel Core i5-1135G7, RAM 8GB, SSD 128GB RM4,950
  • Surface Pro 8, Intel Core i5-1135G7, RAM 8GB, SSD 256GB RM5,250
  • Surface Pro 8, Intel Core i5-1135G7, RAM 16GB, SSD 256GB RM6,490 (Harvey Norman sahaja)
  • Surface Pro 8, Intel Core i7-1185G7, RAM 16GB, SSD 256GB RM7,350
  • Surface Pro 8, Intel Core i7-1185G7, RAM 16GB, SSD 512GB RM8,750

image is not available

Tempahan sudah dimulakan sekarang tapi, paling awal sekalipun untuk anda dapat tempahan anda adalah pada 15 Februari 2022 iaitu hari pertama penjualan produk ini dalam pasaran Malaysia. Dengan setiap tempahan awal, anda akan mendapat Surface Pro Signature Keyboard yang bernilai RM699 secara percuma.

Anda boleh dapatkan Surface 8 Pro melalui pengedar sah seperti ALL IT, Gloo, Harvey Norman, TMT ataupun secara dalam talian di Microsoft Flagship Lazada ataupun Shopee.

Spesifikasi Surface Pro 8

Surface 8 Pro diperkasa cip Intel Core generasi ke-11. Ia memang adalah cip yang paling berkuasa sewaktu diumumkan dulu namun, dengan ketibaan keluarga Intel Core generasi ke-12, ia nampaknya sudahpun outdated.

Spesifikasi paling tinggi Surface Pro 8 yang boleh anda dapatkan dalam pasaran Malaysia adalah yang ada cip Intel Core i7-1185G7 bersama-sama RAM 16GB dan storan SSD 512GB. Varian termurah pula dilengkapi Intel Core i5-1135G7 bersama-sama RAM 8GB dan storan 128GB.

image is not available

Di bahagian muka, Surface Pro 8 memperagakan panel paparan 13" pada resolusi QHD dalam nisbah paparan 3:2. Bingkainya lebih nipis berbanding genreasi sebelumnya dan kadar segar semula boleh pergi sehingga 120Hz untuk pengalaman guna yang lebih licin.

Sekiranya anda ingin memberi inpu menggunakan stailus, Microsoft Surface Slim Pen 2 dijual secara berasingan pada harga RM499. Ia dicas secara wayarless dan boleh disimpan di dalam slot khas pada Surface Pro Signature untuk elak kehilangan.

image is not available

Membekalkan tenaga kepada komputer ini adalah bateri berkapasiti 51.5Whr yang katanya boleh berikan perkhidmatan sehingga 16 jam lamanya, namun bergantung kepada gaya penggunaan.

Pada segi port I/O, anda dapat 2 port USB-C USB4.0 yang menyokong Thunderbolt 4, jek audio 3.5mm dan penyambung Surface Type Cover. Ada sepasang kamera pada komputer ini, satu di bahagian depan dan satu lagi di bahagian belakang, masing-masing menerima sensor 5MP dan 10MP.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.