
Kota Kinabalu: Kelab Bolasepak Kinabalu Jaguar (KJFC) yang akan membuat penampilan sulung dalam saingan Liga M3 Malaysia musim ini mendapat rangsangan besar dengan tambahan tiga bekas pemain Sabah FC.
Sabri Sahar, Jenius Karib dan Ariusdius Jais disambar oleh pengurusan KJFC selepas mereka dilepaskan oleh Sabah FC pada hujung musim lalu.

