Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri termasuk Selangor

29 Jan 2022 • 6:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan negeri-negeri itu adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah di Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Sementara di Pahang, kawasan yang terlibat ialah di Tanah Tinggi Cameron dan di Selangor pula kawasan yang terlibat ialah di Hulu Selangor.

Sementara itu di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau

Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan yang terlibat ialah di Kapit (Belaga) dan Limbang di Sarawak, manakala Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas) di Sabah.

-BERNAMA