Redmi K50 Dan Realme GT Neo3 Mungkin Dijana Cip Dimensity 8000 – Harga Peranti Sekitar RM1300

TechnologyDigital
13 Jan 2022 • 4:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disember lepas, MediaTek dilaporkan turut akan melancarkan cip pemprosesan Dimensity 8000 yang dikatakan akan dibina dengan rekaan 5nm. Cip ini dikatakan mempunyai kemampuan kelas mercu dan akan digunakan pada peranti kelas pertengahan.

Menurut Digital Chat Station hari ini, tidak lama lagi akan ada beberapa peranti akan tiba dijana dengan cip ini. Peranti ini mungkin akan menggunakan skrin 6.6-inci FHD+ 120Hz, memori sehingga 12GB RAM, kamera 50MP Samsung GN5 + 50MP Samsung JN1 + 2MP dan turut mempunyai OIS. Peranti dengan spesifikasi ini dijangka akan dijual pada harga sekitar RMB 2000 (~RM1313).

image is not available

Antara pengeluar yang terlibat adalah Redmi dan Realme. Redmi mungkin dengan Redmi K50 dan Realme dengan Realme GT Neo3. Jika benar cip ini akan dilancarkan dan dua peranti ini akan menggunakannya, jangan terkejut tahun 2022 ada peranti berkuasa pada harga sekitar RM1300 sahaja.

Konfigurasi cip adalah 4x 2.75GHz Cortex-A78 + 4x 2.0GHz Cortex-A55 dengan GPU Mali-G510 MC6. Hebat mana cip ini? Sama-sama kita nantikan.