Beli iPad dan dapat AirPods percuma melalui tawaran menarik Apple ini

Digital
7 Jan 2022 • 6:33 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple telah sekian lama memberikan diskaun keatas berapa produk untuk golongan yang layak, misalnya pelajar. Tapi tawaran ini lebih menarik daripada kebiasaan apabila Apple turut mengepilkan Airpods bersama-sama pembelian produk-produk tertentu. Promo ini berjalan hingga 7 Mac 2022.

Untuk menebus tawaran ini, anda perlu melakukan pembelian melalaui Apple Oneline Store for Education. Golongan yang layak untuk membeli melalui saluran ini adalah guru, kakitangan, ibu bapa yang anaknya sedang belajar di mana-mana pusat pengajian tinggi awam ataupun swasta di Malaysia.

Apple akan memberikan AirPods Gen 2 yang bernilai RM589, percuma bila anda membeli Mac ataupun iPad. Sekiranya anda inginkan AirPods yang lebih baharu seperti Airpods Gen 3 ataupun Airpods Pro, anda perlu tambah mengikut perbezaan harga (RM240 untuk Gen 3 dan RM510 untuk Pro).

image is not available

Bercakap tentang produk-produk tertentu, berikut adalah gajet Apple yang layak dibeli di bawah promo ini:

  • iMac
  • Mac mini
  • Mac Pro
  • MacBook Pro
  • MacBook Air
  • iPad Pro
  • iPad Air

Selain Airpods percuma, anda juga boleh dapatkan AppleCare Protection Plan pada harga diskaun 20%.

Bacaan berkaitan