Kawalan sempadan negara terus jadi fokus KDN

LocalPolitics
13 Jan 2022 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Kawalan sempadan negara terus menjadi fokus Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Blueprint (Kerangka) Kawalan Sempadan Darat dibangunkan untuk memperkasakan sempadan negara.

"Kita juga telah memulakan kajian pembangunan sistem integrasi kawalan sempadan atau National Border Control System (NBCS)," katanya ketika sidang akhbar selepas menyampaikan amanat tahun baharu di kementeriannya pada Khamis.

Menurutnya, sempadan negara adalah poros dan pendatang asing boleh memasuki negara ini dari darat, udara dan laut dengan mudah.

"Bagaimana cara untuk kita memastikan mencapai satu tahap yang begitu baik sekali," katanya.

Beliau berkata, Zon Keselamatan Timur Sabah (ESS Zone) Op Gasak Laut dan Darat akan diaktifkan semula bagi meningkatkan kawalan sempadan.

"Selain itu, empat pintu masuk baharu negara akan dibuka iaitu di Teluk Melano dan Kapit di Sarawak, Pengerang di Johor dan Setiu, Terengganu," katanya.

Pada perkembangan sama, Hamzah berkata, sebanyak 129,428 daripada lebih 200,000 permohonan yang diterima melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja diluluskan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Mereka berdaftar melalui majikan dan apabila diluluskan maka majikan datang ambil dan dapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sebelum mereka boleh kembali bekerja," katanya.