Gangguan seksual: Lelaki dibicara Ogos depan

12 Jan 2022 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 43 tahun yang didakwa melakukan gangguan seksual fizikal ke atas anak tirinya, bakal dibicarakan pada 18 - 19 Ogos tahun ini.

Hakim Mahkamah Seysen Elsie Primus menetapkan tarikh itu untuk lelaki berkenaan apabila dia mengekalkan pengakuan tidak bersalah semasa pengurusan kes pra-perbicaraan.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan ke atas perempuan berumur 15 tahun dengan mengusap-ngusap payu daranya pada awal Oktober, 2021 di sebuah rumah di Kepayan, di sini.

Pertuduhan di baawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan antara lelaki berkenaan dengan mangsa, lelaki itu berdepan hukuman tambahan di bawah Seksyen 16 Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau sebatan sekurang-kurangnya dua kali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan mengemukakan dokumen berhubung kes berkenaan kepada lelaki itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman tampil untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili.

Lelaki itu diperintah direman lanjut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.