Apple Dijangka Perkenal iPhone SE Dengan Skrin Lebih Besar Pada 2023

TechnologyDigital
18 Jan 2022 • 1:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Apple iPhone SE

Apple sedia diperkatakan bakal hadir dengan iPhone SE 5G sekitar Mac atau April ini. iPhone SE yang bakal diperkenalkan ini dikatakan akan mengekalkan rekaan lebih kurang sama dengan iPhone SE sebelum ini, tetapi hadir dengan kemaskini pada bahagian spesifikasi, selain sokongan rangkaian 5G.

image is not available

Disamping model ini, Apple kini turut diperkatakan sedang menyiapkan untuk memperkenalkan satu lagi iPhone SE baharu seawal 2023 atau 2024 kelak – iPhone SE 3.

iPhone SE 3 ini dijangka hadir dengan skrin bersaiz lebih besar – sekaligus mungkin membawakan perubahan pada bahagian rekaan. Mengikut informasi awal, ia mungkin diperkenalkan dengan skrin 5.7-inci atau 6.1-inci.

Sekiranya benar, maka ia akan menjadi iPhone SE dengan skrin lebih besar dan sokongan 5G – tetapi pada harga kompetitif, sekaligus menyasarkan lebih ramai pengguna Android beralih ke ekosistem Apple.

Apa pun, ini masih pada peringkat awal lagi, dan mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan iPhone SE 3 selepas model tahun ini diperkenalkan secara rasminya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved