Pejabat Kebajikan Tongod cari waris kanak-kanak ini 

LocalFamily & Parenting
7 Jan 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TONGOD: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Tongod sedang mengesan waris kepada seorang kanak-kanak perempuan yang dianggar berusia tujuh tahun, dikenali sebagai Chynie Doricalyn.

Pelindung Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Tongod, Arnold Gongora, berkata orang ramai yang mengenali waris atau keluarga kanak-kanak itu boleh menghubungi pejabat itu atau beliau di talian 0135453400.

Sebelum itu, aduan berhubung pencarian bagi waris atau keluarga kanak-kanak itu telah diterima dari seorang pengadu.

Pengadu, seorang lelaki bersama isterinya telah menjaga kanak-kanak itu sejak Februari 2017 ketika dia berusia tiga tahun yang mana nenek kepada kanak-kanak itu yang memperkenalkan dirinya sebagai [email protected], dan telah menyerahkan kanak-kanak itu kepada mereka pada 15 Februari 2017 di kawasan Tamu Lamag, Kinabatangan.

Menurut pasangan suami isteri itu, nenek kanak-kanak itu meminta mereka menjaga cucunya kerana “dia mempunyai urusan peribadi yang sangat penting”.

Namun, sehingga Disember tahun lepas, nenek kepada kanak-kanak itu tidak pernah muncul sejak 2017 untuk mengambil kanak-kanak itu mahupun mana-mana keluarga menuntutnya.

Pasangan suami isteri berkenaan kemudian membuat laporan polis pada Disember tahun lepas berhubung perkara itu kerana merasakan ia suatu pengabaian serta dalam usaha mencari waris kanak-kanak itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved