Umrah ditangguh sebulan, perkenal SOP baharu kekang penularan Omicron

6 Jan 2022 • 5:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerajaan memutuskan untuk menangguh sementara ibadah umrah selama sebulan bermula 8 Januari susulan penularan varian Omicron, kata menteri kesihatan

Khairy Jamaluddin berkata dalam tempoh penangguhan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan merangka tatacara operasi piawai (SOP) baharu termasuk perlu mengambil dos penggalak sebelum mengerjakan umrah.

“Selain itu antara tambah baik SOP yang turut dilaksanakan adalah melibatkan pengurusan kes dan kontak rapat di Arab Saudi, pemantauan status kesihatan jemaah di Arab Saudi serta memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan.

“Agensi pelancongan mesti memastikan pematuhan SOP jemaah umrah serta melaporkan kes positif dan kontak rapat kes positif,” katanya pada sidang media hari ini.

Khairy berkata KKM melakukan penilaian risiko dari semasa ke semasa sebelum mempertimbangkan semula kebenaran mengerjakan umrah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved