Mat rempit tidak sempat 'makan angin' di Port Dickson

8 Jan 2022 • 11:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PORT DICKSON - Aksi 'membunuh diri' sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, di sini mengundang padah selepas ditahan polis, pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, Operasi Khas Samseng Jalanan oleh sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman itu berjaya menahan enam penunggang terbabit kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Menurutnya, kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri, superman, menundukkan badan dan zig-zag.

"Polis telah menahan keenam-enam penunggang lelaki berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun.

"Semua motosikal jenis Yamaha 135LC, Yamaha 125ZR dan Yamaha Lagenda 115ZR telah disita untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, soal siasat mendapati geng terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersiar.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved