
Lemon kerap diungkapkan sebagai salah satu buah-buahan sitrus yang sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan badan. Selain rasanya yang menyegarkan, baunya juga sungguh menyenangkan.
Walau bagaimanapun, lemon tidak boleh dimakan terus kerana rasa asamnya terlalu dominan. Justeru dengan itu, ianya sering digunakan sebagai penambah perisa di dalam masakan dan selalu dijadikan minuman untuk mengangkat prestasi kesihatan fizikal dan juga mental.
Berikut adalah lima kebaikan lemon untuk kesihatan untuk rujukan bersama. Jika ianya bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan keluarga.
1. Bantu Kuruskan Badan
Secara umumnya, lemon seringkali dikenali serta dikaitkan sebagai salah satu menu diet yang bagus untuk menguruskan badan.
Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam lemon sememangnya baik untuk menggalakkan penghadaman, mampu menyah toksik badan dan membantu membakar lemak. Malah, lemon juga dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar metabolisme badan seseorang.
Jika anda bercadang untuk menguruskan badan, mungkin menu diet yang melibatkan lemon boleh membantu.
2. Mengurangkan Masalah Nafas Berbau
Masalah nafas berbau mungkin boleh menjadi igauan ngeri buat sesetengah pihak. Manakan tidak, jika nafas anda acapkali berbau busuk, lama-kelamaan rakan dan taulan akan menjauhkan diri akibat tidak selesa dengan kehadiran anda.
Jika anda mengalami masalah ini, apa kata anda cuba amalkan pengambilan lemon dalam diet pemakanan anda seharian. Ini kerana, lemon mempunyai asid sitrik yang dipercayai mampu untuk mengurangkan masalah nafas berbau.
Secara asasnya, kandungan asid sitrik yang terdapat secara semulajadi di dalam lemon boleh mengikis enamel gigi, mencegah gusi berdarah serta membasmi mulut daripada bakteria yang merupakan punca-punca biasa yang menyebabkan nafas anda berbau.
3. Menguatkan Sistem Imunisasi
Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA) sekitar 58 gram lemon dapat memberikan lebih 30 miligram vitamin C.
Sumber
Buah-buahan sitrus yang mengandungi vitamin C dan dan antioksidan yang tinggi seperti lemon boleh membantu menguatkan sistem imunisasi badan seseorang.
Para penyelidik juga percaya bahawa vitamin C memainkan peranan penting dalam imuniti badan dan membantu untuk meneutralkan radikal bebas dalam badan kita, dan dengan itu mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (Sumber).
4. Mencegah Batu Karang
Penyakit batu karang bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Menurut artikel yang ditulis oleh Pakar Perunding Urologi, Dr. Fam Xeng Inn dari Jabatan Surgeri Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, prevalen penyakit batu karang di Malaysia adalah sekitar 10% hingga 15% dan boleh terjadi pada semua dimana golongan yang berumur 35 hingga 45 tahun mempunyai risiko yang paling tinggi (Sumber).
Terdapat beberapa kajian yang mempercayai kaitan buahan-buahan sitrus seperti lemon mampu untuk mencegah batu karang (Sumber). Antaranya juga berjaya membuktikan kaedah “Lemonade Therapy” berupaya untuk mengurangkan kadar formasi batu karang (Sumber).
Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian terperinci yang perlu dijalankan untuk membuktikan fakta ini dengan lebih baik.
5. Mengurangkan Risiko Kanser
Melalui beberapa kajian, dapatan hasil pemerhatian telah mendapati bahawa pengambilan buah-buahan sitrus dalam diet pemakanan mampu untuk mengurangkan risiko kanser perut (Sumber).
Malah di dalam satu laporan kajian ada menjelaskan penemuan mereka yang menunjukkan bahawa limonoid sitrus mungkin mempunyai potensi untuk mencegah kanser payudara (Sumber).
Meskipun terdapat beberapa kajian yang berjaya menunjukkan kaitan di antara lemon sebagai ramuan anti-kanser, perlu ada lebih banyak kajian yang lebih spesifik untuk membuktikan bahawa lemon mampu untuk melawan kanser pada manusia.
Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.