Jangan buat tohmahan tidak berasas berkaitan polis

20 Jan 2022 • 2:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KLANG - Orang ramai digesa tidak sewenang-wenangnya membuat tohmahan tidak berasas yang boleh menjejaskan imej polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa premis perjudian telah mula beroperasi secara berleluasa.

"Kita telah mengesan satu kenyataan tular di laman sosial Facebook pada 24 November lalu yang mendakwa premis perjudian telah mula beroperasi secara berleluasa di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan berikutan pertukaran Ketua Polis Daerah Klang Selatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hoong Foon berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kertas Siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan arahan tuduh telah diberikan di bawah Seksyen 233 (1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan membuat kenyataan jelik melalui media sosial," tegasnya.

Hoong Foon memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah diminta untuk tampil bekerjasama dengan pihak polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved