Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta

4 Jan 2022 • 6:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR SETAR - Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Ng Eng Boon, 44 ditemukan meninggal dunia di dalam kereta miliknya di hadapan sebuah pasar raya di sini pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum mereka menghubungi pihaknya.

Menurutnya, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut pada jam 4.07 pagi.

"Orang awam telah memaklumkan menemui seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dan berada di dalam sebuah kereta.

"Semasa mangsa ditemui oleh orang awam, enjin kereta tersebut masih lagi hidup," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahmad Shukri berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur jenayah yang ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat wartawan tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved