10,000 Ayam Rentung Dalam Kebakaran

12 Jan 2022 • 5:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kebakaran yang berlaku di sebuah ladang telah mengakibatkan kira-kira 10,000 ayam rentung di Jalan Bau-Kuching, awal pagi tadi.

BAU - Dianggarkan 10,000 ayam rentung dalam kebakaran di sebuah ladang di Jalan Bau-Kuching awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Linggem berkata, kejadian dilaporkan berlaku jam 3.30 pagi.

Menurut beliau, pihaknya bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kes itu pada jam 3.40 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan ladang ternakan ayam Zhang Agriculture Development Sdn Bhd  yang telah musnah sepenuhnya," katanya hari ini.

Tawang berkata, pasukan bertugas berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.30 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6 pagi.

"Punca kebakatan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak," katanya.- Getaran, 12 Januari 2022