Kebenaran perjalanan Umrah ditangguh bermula 8 Januari 2022 selepas 5 kluster varian Omicron dikesan

1 Jan 2022 • 11:59 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan yang Malaysia telah menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan Umrah bermula 8 Januari 2022. Ia ada kaitan dengan 1,446 kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pengembara dari Arab Saudi.

Sehingga 30 Disember 2021, KKM melaporkan 9 kluster melibatkan Jemaah umrah iaitu:

  • 5 kluster sah varian Omicron
  • 1 kluster masih menungguh pengesahan jujukan genom
  • 3 kluster bukan varian Omicron

Selain penangguhan perjalanan Umrah, berikut adalah beberapa arahan lain yang dikeluarkan:

  1. Masih ada perjalanan umrah antara 1 hingga 7 Januari 2022, namun jemaah ini perlu jalani kuarantin di stesen kuarantin yang ditetapkan NADMA.
  2. Tiada kuarantin di rumah dibenarkan untuk jemaah yang tiba ke Malaysia bermula 3 Januari 2022.
  3. Tiada tempahan tiket penerbangan umrah baharu bermula 1 Januari 2022.

KKM memetik ketakpatuhan kepada SOP sebagai punca berlakunya penularan COVID-19 dalam kalangan Jemaah umrah khususnya sewaktu kuarantin di rumah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved