NVIDIA Dilaporkan Akan Membatalkan Hasrat Membeli ARM

TechnologyDigital
25 Jan 2022 • 7:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada tahun 2020, NVIDIA mengumumkan mereka akan mengambil alih ARM dari Softbank dengan nilai pembelian mencecah $40 bilion. Selepas lebih setahun, hasrat mereka menerima banyak halangan dengan United Kingdom dan FTC enggan memberikan kebenaran ARM diambil alih kerana risiko kurangnya pesaing sekiranya pembelian dilakukan. Menurut laporan Bloomberg, NVIDIA kini ingin semakin hampir untuk membatalkan pembelian ARM.

image is not available

Softbank dan ARM masih akan menerima $2 bilion yang dibayar oleh NVIDIA sebagai bayaran permulaan termasuk $1.25 bilion untuk bayaran perpisahan. Sejak pengumuman dilakukan oleh NVIDIA, pelbagai bantahan diterima memandangkan teknologi cip ARM kini amat penting dalam dunia peranti pintar. Kebenaran juga perlu diterima dari pihak berkuasa China yang dilihat mustahil memandangkan perang perdagangan yang berlarutan dengan Amerika Syarikat.

Softbank dijangka akan mengambil langkah menawarkan saham untuk mengumpul dana sekiranya NVIDIA membatalkan pembelian. Menerusi persetujuan asal, perjanjian akan terbatal secara automatik pada ulang tahun kedua pengumuman pembelian dilakukan September hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved