PM harap Pesta Ponggal pupuk perpaduan dalam Keluarga Malaysia

14 Jan 2022 • 9:08 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan harapan agar Pesta Ponggal yang diraikan bermula hari ini dapat memupuk perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Beliau turut berharap perayaan yang akan disambut sehingga Isnin depan itu memberi kemakmuran dan membuka peluang baharu kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada semua Keluarga Malaysia yang meraikan,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook malam semalam.

Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki.

Katanya pepatah ‘Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ yang membawa erti ‘permulaan Thai membuka peluang baharu’ sering diucap berkait dengan perayaan Ponggal. -Bernama