Polis cari ‘Tommy Lai’  

19 Jan 2022 • 10:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Polis sedang mengesan individu yang disyaki membuat kenyataan menghina bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di media sosial pada 2020.

Ketua Polis Daerah, ACP Rohan Shah Ahmad dalam satu kenyataan pada Selasa berkata polis sedang mencari individu yang menggunakan nama ‘Tommy Lai’ untuk akaun Facebooknya.

Beliau berkata polis menerima laporan pada 20 Februari 2020 menyatakan individu itu menghina Shafie yang merupakan Ketua Menteri dalam tempoh itu.

“Kenyataan itu dimuat naik di Facebook peribadinya secara terbuka dan mendapat komen daripada pelbagai pihak.

Rohan berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 014-3738495 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di talian 089-881255.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.