Wanita dedah saluran air aircond jiran dihala ke rumah hingga berlumut

11 Jan 2022 • 7:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HIDUP berjiran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain adalah perkara yang sebaik-baiknya dilakukan agar hubungan yang terjalin sentiasa harmoni.

Bagaimanapun, tidak dinafikan wujud jiran yang mempamerkan tingkah laku yang mengganggu keselesaan jiran tetangga.

image is not available
Gambar hiasan

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial TikTok, Siti Zura Jamal yang berkongsi rasa kurang senang apabila jirannya yang meletakkan paip pendingin hawa ke arah rumahnya.

Difahamkan paip tersebut mengeluarkan air setiap setiap kali pendingin hawa dihidupkan. Kata Siti Zura, susulan daripada titisan air tersebut membuatkan bahagian bawah tingkap berlumut.

“Cuma yang tidak puas hatinya, cuba lihat jiran sebelah tu. Saluran air aircond dia tu selalu ke arah rumah saya,” katanya.

Susulan daripada itu, warga maya mencadangkan agar dibina tembok untuk mengelakkan saluran air tersebut tidak dihalakan ke rumahnya.

Malah ada yang mencadangkan berbincang terlebih dahulu dan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya situasi tidak berubah.

image is not available
Gambar hiasan

Tahukah korang kita sebagai pemilik kediaman mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya diperlakukan seperti berikut:

1-Jiran membuat pembakaran terbuka.
2-Pemasangan kamera litar tertutup hingga menyebabkan melanggar hak privasi.
3-Parkir kereta dengan cara menyusahkan orang lain
4-Bunyi bising yang berterusan mengganggu.
5-Mengubahsuai sampai merosakkan hartanah orang lain.

Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.