5 pengumuman penting Samsung tentang produk TV dan audio tahun 2022 untuk ruang tamu anda

Digital
4 Jan 2022 • 3:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung di acara CES 2022 telah berkongsikan maklumat tentang bagaimanakah landskap produk TV dan audio mereka untuk tahun ini dicorakkan. Berikut adalah beberapa info yang dikongsikan mereka.

TV Samsung Mikro LED dengan saiz sehingga 110"

TV dengan teknologi Mikro LED bukanlah baru. Samsung sendiri pernah mempamerkan sebuah produk berteknologi itu dalam tahun 2018 dan bersaiz 146". Tapi untuk tahun 2022, mereka berjaya mempercilkan lagi saiz seunit piksel untuk berada dalam julat mikrometer berbanding milimeter sebelum ini. Piksel yang lebih kecil bermakna TV beresolusi tinggi kini hadir dalam saiz yang lebih mesra ruang tamu.

image is not available

TV Mikro LED daripada Samsung ditawarkan dalam saiz 89", 101", dan 110". Sungguhpun harganya tidak diumumkan, jangkakan harga yang diluar jangkauan kebanyakkan daripada pengguna di luar sana.

Antara ciri menarik pada produk Mikro LED Samsung adalah seperti kemampuan memaparkan warna dan cahaya dalam paras 20-bit. Ia diterjemah kepada pengawalan pencahayaan yang lebih jitu, sehingga 1 juta tahap ataupun dalam bahasa ringkas, nisbah kontrasnya adlaah 1,000,000:1.

Seperti kebanyakan produk Samsung lain, jangkakan ciri-ciri premium lain seperti Art Mode, Multi View, dan Dolby Atmos sedia digunakan anda sejurus memasangnya.

Neo QLED kini ada keupayaan pemetaan kontras lebih baik

Siri Samsung Neo QLED adalah produk yang menggunakan teknologi paparan Quantum LED. Anda boleh dapatkan TV Samsung Neo QLED dalam resolusi sehingga 8K.

image is not available

Kemas kini yang dibawakan Samsung untuk 2022 adalah kemampuan mengawal pencahayaan lebih baik. Tahap kecerahan TV kini ada pemeringkatan 14-bit berbanding 12-bit sebelum ini. Hasilnya, TV Neo QLED 2022 ada 16,384 tahap kecerahan berbanding 4,096 sebelum ini.

Ada beberapa lagi jajan yang dimasukkan dalam senarai naik taraf seperti Shape Adaptive Light yang akan menganalisis garis dan bentuk untuk disuaikan dengan pencahayaan. Kemudian, untuk mempertingkat perasaan kedalaman medan sewaktu menonton, TV ini akan gunakan Real Depth Enhancer.

Tidak terhad pada visual, bahagian audio turut menerima pembaharuan seperti ciri Object Tracking Sound Pro apabila barisan TV ini diberikan speaker tambahan yang menghala ke atas untuk dipantulkan menggunakan siling ke telinga anda bagi kesan bunyi keliling.

Lifestyle TV: The Frame, The Sero, dan The Serif ada panel baharu

Siri Samsung Lifestyle TV membawakan set televisyen dengan rekaan unik. Kami pernah memandu uji The Frame edisi 2021 dan ia sangat menarik.

image is not available

Varian The Frame, The Sero, dan The Serif 2022 kini menggunakan panel paparan Matte Display yang baharu. Panel ini mendapat perakuan Underwriter Laboratories dalam tiga kategori iaitu:

  1. Reflection Glare Free
  2. Discomfort Galera Free
  3. Disability Glare Free

Smart Hub baharu, kini ada Gaming Hub

Smart Hub adalah pusat sehenti dalam TV pintar Samsung tempat semua tetapan TV dihimpunkan, tempat anda mencari APP untuk dipasang dan mendapatkan info-info terbaharu tentang Samsung.

image is not available

Dalam tahun 2022, pengguna boleh bermain game melalui beberapa servis penstriman game terkenal terus daripada TV. Dalam Samsung Smart Hub baharu aka nada NVIDIA GeForce Now, Stadia, dan Utomik. Servis-servis lain akan dimasukkan di kemudian hari.

Fungsi Watch Together membolehkan anda bersidang video sambil menonton TV bersama-sama ahli keluarga dan rakan. Platform NFT juga akan dimasukkan, tempat anda boleh beli hasil seni digital dan dipaparkan pada TV melalui Art Mode.

Soundbar kini lebih berharmoni dengan TV

Barisan soundbar Samsung untuk tahun 2022 sebahagiannya akan dilengkapi dengan ciri synchrony terutamanya siri Q Symphony. Perkakasan audio ini akan berinteraksi dengan TV dan bersinergi dengan semua komponen audio di TV dalam nada harmoni bagi memberikan kemampuan audio lebih baik.

image is not available

Contohnya, soundbar HW-S800B Ultra Slim Soundbar hadir dalam pakej super kecil dengan ketebalan cuma 1.6" tapi sarat dengan ciri-ciri menarik.

Bacaan berkaitan