Pengguna Instagram boleh tetapkan kandungan di halaman utama, ada 3 pilihan disediakan

Digital
6 Jan 2022 • 1:33 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Instagram kini sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna pilih dan tukar tiga kandungan suapan berbeza pada halaman utama. Pilihan tersebut diletakkan dibahagian atas kiri. Maka, dari situ pengguna boleh tetapkan sendiri apa yang ingin dilihat di halaman itu.

Perkara ini dikongsikan oleh ketua Instagram, Adam Mosseri melalui Twitternya. Menurutnya, dua daripada tiga pilihan itu akan memberikan anda pilihan untuk melihat suapan dalam susunan kronologi.

3 pilihan yang disediakan itu ialah:

  1. Home – Ia akan memaparkan kandungan yang disusun mengikut algoritma. Ia akan senaraikan kandungan berdasarkan minat anda.
  2. Following – Seperti Instagram lama, anda akan lihat perkongsian daripada semua yang anda ikuti dalam susunan kronologi.
  3. Favourites – Pilihan ini akan membenarkan anda dengan mudah mengikuti perkembangan daripada kumpulan kecil pengguna yang anda tetapkan sebagai favourites. Contohnya keluarga, rakan baik atau influencer yang anda suka.

Mosseri berkata, pilihan suapan baharu ini sudah pun dikeluarkan untuk sesetengah pengguna. Mereka berharap ciri ini dapat dilancarkan kepada lebih ramai pengguna dalam masa beberapa minggu akan datang.

Apabila ada ciri ini nanti, mana satu pilihan kandungan suapan yang anda akan pilih? Untuk saya, kandungan Following yang akan saya pilih, kerana ia akan memaparkan perkongsian pengguna yang saya ikuti, mengikut susunan masa. Maka, saya tidaklah ketinggalan dari mengikuti perkongsian mereka.

[Sumber: 9TO5Mac]

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved