Pemandu Myvi Merah Serah Diri Di Balai Polis Setelah Viral Memandu Secara Berbahaya

LocalCars
4 Jan 2022 • 11:56 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Ahad lepas tular satu video di mana sebuah myvi merah yang memandu secara bahaya. Namun setelah beberapa hari video tersebut disebarkan, tuan badan kepada kereta myvi tersebut menyerah diri.

Lelaki yang juga seorang penuntut di sebuah politeknik menyerah diri kepada pihak polis selepas menyedari kesalahannya memandu kereta Perodua Myvi secara melulu.

image is not available

Lelaki berusia 21 tahun itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Port Dickson pada jam 1.50 petang, semalam. Siasatan masih lagi dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan lain. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video dashcam yang viral tersebut menunjukkan sebuah kereta Myvi berwarna merah dipandu secara melulu dan merbahaya dengan memotong sebuah kereta secara tiba-tiba untuk pasuk ke sebuah persimpangan berhampiran Balai Polis Port Dickson.

Sumber: Pandulaju.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved