Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Sambut Kelahiran Anak Sulung

Entertainment
22 Jan 2022 • 11:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: Instagram @priyankachopra

Pelakon terkenal antarabangsa, Priyanka Chopra telah membuat kejutan apabila mengumumkan dia dan suaminya, Nick Jonas kini telah bergelar ibu dan bapa selepas empat tahun mendirikan rumahtangga bersama.

Menerusi hantaran terkini di Instagram Priyanka dan Nick, mereka mendedahkan baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata pertama yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Priyanka (@priyankachopra)

"Kami sangat gembira untuk mengesahkan bahawa kami telah mendapat seorang cahaya mata melalui kaedah ibu tumpang. Dengan penuh hormat, kami meminta supaya diberikan ruang privasi pada waktu istimewa ini untuk fokus kepada keluarga. Terima kasih," tulis mereka dalam kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan nama serta jantina bayi sulung mereka kepada umum.

Ruangan komen di hantaran pasangan popular berkenaan telah dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti serta peminat mereka di seluruh dunia. 

Priyanka Chopra, 40, telah berkahwin dengan Nick Jonas, 30, pada tahun 2018 biarpun jarak usia mereka menjadi perdebatan netizen. Priyanka mula mencipta nama di Hollywood selepas membintangi siri 'Quantico' pada tahun 2015. Dia dan Nick berkenalan pada tahun 2017 menerusi kenalan mereka sebelum memilih untuk hidup bersama pada tahun 2018. - Getaran, 22 Januari 2022