3 Kluster Baharu Institusi Pendidikan Dikesan Di Sabah

20 Jan 2022 • 8:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Masidi Manjun - Gambar fail bernama

KOTA KINABALU - Sabah merekodkan tiga kluster baharu COVID-19 membabitkan sektor pendidikan di negeri itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 34.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata, kluster di negeri itu adalah Kluster Kampung Pandan-Pandan, Putatan yang mencatatkan 16 kes; Kluster Jalan Pertukangan, Sandakan (9) dan Kluster Puri, Ranau (9).

“Bagi Kluster Kampung Pandan-Pandan, kes indeks bermula daripada seorang guru berusia 53 di Madrasah Darul Hadis yang disahkan positif virus itu selepas menjalani saringan pada 17 Januari lalu.

“Terdahulu, guru berkenaan mengalami batuk, demam dan selesema,” katanya.

Masidi berkata, sebaik guru itu disahkan positif, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan saringan kontak rapat pesakit, termasuk keluarga, kakitangan dan pelajar madrasah.

“Hasil saringan mendapati 15 individu disahkan positif yang menjadikan jumlah keseluruhan kluster Kampung Pandan-Pandan seramai 16 orang,” katanya.

Menurut Masidi, perkembangan terbaharu itu menjadikan kes COVID-19 di Sabah meningkat kepada 256 kes, hari ini.

“Sebanyak 86 kes baharu disumbangkan empat kluster aktif dengan Sungau Trayon merekodkan jangkitan kes tertinggi, iaitu 54 orang membabitkan jangkitan tempat kerja.

“Manakala tiga lagi berkaitan dengan kluster terbaharu institusi pendidikan,” katanya. - Getaran, 20 Januari 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved