“Dekat IC Lelaki Islam, Tapi…” – Amoi Ini Tegur Lelaki Pegang Tangan Wanita Bukan Mahram, Ramai Sentap!

11 Jan 2022 • 4:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan di mana-mana kita akan nampak pasangan kekasih berpegangan tangan atau bermesra di media sosial serta tempat awam tanpa segan silu.

Situasi sebegitu membuatkan seorang wanita berbangsa Cina dikenali sebagai Yanjoo terpanggil untuk menegur dan mempersoal tindakan lelaki beragama Islam yang memegang tangan wanita bukan mahram baginya.

Menerusi TikTok, wanita itu akui mahu menegur seorang individu dan berkata kaum wanita dilihat diperlakukan seperti itu dan ianya boleh dikira sebagai gangguan seksual.

Dekat IC lelaki Islam, tapi jumpa jumpa terus pegang tangan. Susah sangat ke nak hormat wanita?”

Melalui ruangan komen, ramai kaum wanita dilihat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan Yanjoo dan berharap kebiasaan ini tidak dipandang ringan.

image is not available

Mesej ini bukan hanya sekadar untuk kaum Adam sahaja tetapi juga wanita yang turut tidak terlepas daripada perbuatan sebegitu. Elakkan berpegangan atau melakukan perkara tidak sepatutnya dengan lelaki yang bukan mahram.

Selain itu kami kongsi artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Anak Murid Terganggu, Dah Baligh" - Ustazah Asma' Harun Tegur Cikgu Wanita Baju Ketat, Tudung Singkat