3 Asrama Terbakar, 143 Pelajar, Warden Selamat

23 Jan 2022 • 12:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dua bilik di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Rayyaj musnah sepenuhnya dalam kejadian semalam. - Gambar ihsan JBPM

KALABAKAN - Seramai 143 pelajar dan warden sebuah sekolah agama menempuh detik cemas selepas tiga bilik kediaman asrama terbakar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, dua bilik di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Rayyaj, Kampung Bombalai musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar sebahagian atau 50 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Tawau Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.22 petang.

“Sepasukan 16 anggota dan pegawai bersama dua jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bertugas memadamkan api menggunakan air dari jentera bomba,” katanya.

Menurut beliau, pasukan bertugas bagaimanapun berdepan kesukaran berikutan ketiadaan sumber air terbuka dan pili bomba berhampiran.

“Pihak kami terpaksa mendapatkan air dari Sekolah Kebangsaan Bombalai yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Sebaik mendapat bekalan air, operasi memadam api diteruskan sebelum berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.36 petang,” katanya.

Semua 131 pelajar dan 12 warden yang menghuni asrama tersebut selamat tanpa sebarang kecederaan

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Getaran, 23 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved