Kesemua perkhidmatan dibawah payung Meta kini dilihat menghadapi masalah untuk diakses. Ini termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.
Sebab disebalik masalah ini tidak diketahui buat masa ini.
Namun, dari pengamatan kami, bermula 3.20 petang, perkhidmatan tiga serangkai ini dilihat telah beransur beroperasi kembali seperti biasa.


