“Dia Tetap Darah Daging Saya” – Kes Penggal Kepala, Bapa Maafkan Anak

17 Jan 2022 • 5:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular, seorang lelaki yang dipercayai sedang dibawah pengaruh dadah tergamak memenggal kepala ibunya sehingga maut di Kampung Baru Pasir Penambang.

Suami kepada wanita yang maut memaklumkan, ketika kejadian dia sedang menjual udang di Kampung Bukit Belimbing sebelum didatangi penduduk yang memaklumkan tragedi menimpa isterinya.

Suspek yang berusia 28 tahun merupakan seorang penganggur ditahan polis dengan bantuan penduduk kampung selepas bersembunyi di dalam semak.

image is not available

Walaupun masih terkejut dengan tragedi hitam itu, saya sudah maafkan anak.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa yang berusia 56 tahun ditemui di ruang tamu dengan kesan darah di dalam rumah berkenaan.

Apa-apa pun, dia tetap darah daging saya dan harap benar-benar insaf.

image is not available

Terdahulu, polis merampas parang disyaki digunakan suspek untuk memenggal kepala mangsa yang ditemui dalam tandas rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available 1 hari lalu

Kes Penggal Kepala, Suspek Pernah Dipenjara Kerana Ugut Ibu