Samsung Menambah Integrasi Penemuan Dan Pembelian NFT Pada Televisyen 2022

TechnologyDigital
3 Jan 2022 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung hari ini telah memperkenalkan beberapa televisyen pintar mereka, dan menariknya, Samsung turut menyertakan ciri baharu padanya, dinamakan NFT Platform.

Dengan populariti arena rantaian-blok dan NFT, nampaknya pihak Samsung tidak ingin ketinggalan dan turut mengintegrasikan sokongan berkenaan.

image is not available

Melalui aplkasi khusus yang disediakan, ia akan memudahkan penemuan karya NFT dengan mudah, selain turut membelinya melalui platform berkenaan.

Pengguna juga boleh melakukan aktiviti dagangan NFT mereka terus melalui kaca televisyen mereka. Ciri baharu ini diumumkan oleh Samsung untuk televisyen Micro LED, Neo QLED, dan juga The Frame.

Dengan pengumuman ini, semestinya ramai yang menantikan untuk mencuba ciri bahrau ini pada televisyen Samsung. Ia tidak diketahui lagi bilakah televisyen ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved