Samsung Galaxy S22 Di Malaysia Mungkin Menggunakan Cip Snapdragon

TechnologyDigital
21 Jan 2022 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak dari awal lagi peranti Samsung Galaxy S untuk pasaran Asia Tenggara menggunakan cip Exynos buatan Samsung tanpa sebarang isu. Tetapi sejak tiga tahun kebelakangan ini penggunaan cip Exynos mendapat reaksi negatif kerana prestasinya tidak setanding cip Snapdragon. Dengan Samsung Galaxy S22 akan dilancarkan pada bulan Februari ini, sekali persoalan di bibir pengguna ialah adakah masih menggunakan Exynos?

Hari ini muncul ura-ura Samsung akan melakukan perubahan pada pasaran peranti dengan Galaxy S22 Asia Tenggara akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1. Eropah akan kekal dengan cip Exynos manakala pasaran seperti Afrika, Timur Tengah dan Asia Barat menggunakan kedua-dua Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200.

Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini akan hanya diketahui apabila peranti dilancarkan di Malaysia kelak. Ini bukan kali pertama kita mendengar ura-ura Galaxy S pasaran Malaysia menggunakan cip Snapdragon tetapi ini tidak berlaku.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved