Cetus Kekecohan, Lelaki Pulang Dari Menuntut ‘Ilmu Agama’ Mengaku Imam Mahdi

25 Jan 2022 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini kecoh apabila seorang lelaki membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid dan mengakui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu berbuat demikian selepas selesai mengikuti kuliah di Masjid Agung al-Khalifah, Aceh Utara.

Jurucakap polis, Asriadi memaklumkan, keluarga lelaki tersebut berkata lelaki itu berubah sikap selepas pulang dari menuntut ‘ilmu agama’. Namun, tidak pernah menceritakan di mana dia belajar ilmu berkenaan.

image is not available

Abang cuma maklumkan dia masuk ke kawasan pedalaman untuk tuntut ilmu agama.

Menurutnya lagi, sikapnya mula berubah sejak dia pulang dari pengajian itu sehingga dia sanggup mengaku dirinya adalah Imam Mahdi.

image is not available

Dalam pada itu, seorang saksi, Ibrahim Jafar Kuba berkata, lelaki itu dipercayai mempunyai masalah jiwa terus mengambil mikrofon dan membuat pengumuman itu sebaik sahaja kuliah selesai.

Menurut laporan Utusan, keluarga lelaki tersebut memohon maaf kepada semua penduduk dan berterima kasih kerana menghalang lelaki itu daripada bertindak di luar kawal.

image is not available 6 hari lalu

Mengelak Daripada Disaman Polis, Dua Pemuda Pura-Pura Cabut Rumput Sawah Padi