Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia

8 Jan 2022 • 12:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Mayat seorang warga emas yang hilang di Kg Tinanom di sini akhirnya ditemui enam hari selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumah untuk memeriksa pukat yang dipasang di sungai yang dinaiki air, di kampung itu.

Moijin bin Gamiyan, 65, keluar untuk memeriksa pukatnya di Sungai Keliu pada 1 Januari, tetapi tidak pulang selepas itu, atau menghubungi mana-mana warisnya, menyebabkan operasi SAR bersepadu dilakukan, yang turut disertai penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata pada 6 Januari lalu (Op SAR hari ke-3), kira-kira jam 1.52 petang, penduduk kampung bersama anggota mencari dan menyelamat menemui mayat lelaki dipercayai Moijin, di Sungai Keliu dekat Kampung Betung Tinanom di sini.

“Mayat dibawa ke Hospital Ranau untuk proses bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, Simiun berkata walaupun tiada sebarang laporan mengenai banjir di kampung itu, namun air sungai hampir melimpah berikutan hujan lebat yang berlaku sejak Tahun Baharu.

Beliau berkata, mangsa keluar untuk memeriksa pukat yang dipasangnya di Sungai Keliu, salah satu cabang dari sungai utama Liwagu Kagibangan, yang paras airnya naik.

Sementara itu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau diketuai ketua jabatan, PPgB Ridwan bin Mohd Taib bersama Pegawai Operasi PBK II Dennis Wan Jau menamatkan pengesanan dengan bantuan unit K9.

Selain anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, turut terlibat dalam pencarian pada Rabu ialah empat anggota polis, lima anggota APM, empat Rela dan kira-kira 30 penduduk kampung dari kawasan sekitar.

“Selepas operasi SAR meluas, mayat mangsa akhirnya ditemui kira-kira 1 kilometer dari kawasan dia dipercayai hilang. Keadaan agak mencabar terutamanya disebabkan cuaca yang tidak menentu,” kata Ridwan.

Dengan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat itu ditamatkan ditamatkan.

“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus sepanjang operasi mencari dan menyelamat dijalankan,” kata Simiun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.