“Sweet Tahap Gaban Tapi Haram” – Netizen Tegur Janna Nick, Kekasih

Entertainment
4 Jan 2022 • 1:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Umum sedia maklum mengenai hubungan mesra di antara pelakon Janna Nick dan teman lelakinya, Dini Schatzmann yang sering menjadi perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, pasangan ini sekali lagi menjadi ‘target’ netizen selepas Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi satu video mesra bersama kekasihnya.

Video tersebut memaparkan gabungan momen-momen mereka bersama pada tahun 2021 dan antaranya sewaktu mereka di London bagi menjalani penggambaran.

Biarpun ramai rakan selebriti meninggalkan komen-komen positif mengatakan mereka serasi bersama, ada segelintir netizen mempunyai pandangan berbeza dan rata-rata tidak gemar melihat aksi ‘berpelukan’ Janna serta Dini dalam video tersebut.

image is not available

Rata-rata warganet memohon agar pasangan pelakon tersebut segera menghalalkan hubungan mereka jika ingin melakukan adegan-adegan seperti itu.

Kredit: Instagram Janna Nick

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.