
Inilah apa yang dimaklumkan kerajaan sebelum ini di mana ada bantuan lain yang akan diberikan dan bukannya menggunakan KWSP sebagai jalan penyelesaian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa seramai 28,287 mangsa banjir telah menerima bantuan BWI. Bantuan ini turut telah dinaikkan kepada RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500.
Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi Pegawai Daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan. – Kata PM.
Penerima akan terus meningkat
Bantuan BWI ini telah diberikan kerajaan sejak 27 Disember 2021 dan jumlah penerima dijangka akan terus meningkat. Perkara ini diumumkan sendiri Ismail Sabri dalam perutusan Tahun Baru 2022 di mana ia dijangka akan memanfaatkan lebih 45,000 keluarga.
Setakat hari ini, lebih banyak kawasan dilihat terjejas akibat banjir. Semoga semua penduduk yang berada di kawasan rendah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.
Kredit: Harian Metro
The post Lupakan KWSP, Lebih 28,000 Mangsa Banjir Terima Bantuan Wang Ihsan Kerajaan appeared first on Oh! Media.

