Miliki 1,788 Bilik Tidur Dan 257 Kamar Mandi, Negara Brunei Miliki Istana Terbesar Di Dunia

15 Jan 2022 • 1:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menurut laman sesawang Guinness World Records, Istana terbesar di dunia dilaporkan milik kerajaan Brunei iaitu Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan.

Istana Nurul Iman yang merupakan tempat Sultan ke-29 dan keluarganya bersemayam iaitu Raja Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien III.

image is not available

Sumber : Google Image  

Menurut info dipetik Forum Cari, istana tersebut berkeluasan 200,000 m2 dan mempunyai 1,788 bilik.

Selain itu, mahligai itu juga mempunyai 257 bilik mandi dan dewan yang sangat besar sehingga boleh memuatkan 5,000 dalam satu-satu masa.

Istana Nurul Iman juga menempatkan garaj yang boleh mengisi 110 buah kereta serta mempunyai masjid besar di dalamnya.

image is not available

Sumber : Google Image  

image is not available

Sumber : Google Image  

Malah, di dalam istana itu terpasang 200 pendingin hawa dalam kawasan kuda polo dan juga 5 kolam renang untuk kegunaan Sultan dan juga kerabatnya.

Mahligai berskala mega itu telah direka khas oleh arkitek dari Filipina, Leandro V. Locsin dan juga pereka hiasan dalaman dari United Kingdom, Khuan Chew dan siap sepenuhnya pada tahun 1984.

Ianya menelan belanja sebanyak 1.4 billion dan tidak hairanlah jika Istana Nurul Iman digelar istana terbesar di dunia!

image is not available 1 hari lalu

Hukum Umat Islam Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

View Original Article