Demi Mencari Duit Kahwin, Seorang Lelaki Sanggup Jadi Keldai Dadah

14 Jan 2022 • 12:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki yang berniat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya tidak kesampaian apabila dia ditahan polis selepas cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat satu kilogram.

Lelaki yang dikenali sebagai Birin itu memaklumkan dia diminta oleh seorang individu untuk membawa dadah tersebut dari Jakarta ke Palembang.

Menurut laporan Utusan, dia dibayar upah sebanyak 10 juta rupiah (RM2,917) untuk melakukan jenayah tersebut.

image is not available

Birin terpedaya dengan upah yang lumayan kerana dia memang memerlukan duit untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya.

Menurut Ketua Polis Palembang, Mokhamad Ngajib, Birin sebenarnya tidak menyedari individu yang memintanya membawa dadah itu adalah anggota polis yang menyamar bagi memerangi sindiket pengedaran dadah.

image is not available

Difahamkan, tangkapan dilakukan selepas polis menerima pelbagai maklumat hasil risikan yang dilakukan terlebih dahulu.

image is not available 18 jam lalu

"Wujud Pesakit Suka Cari Pasal, Tak Faham Situasi Farmasi, Kita Je Kena Faham Dia" - Pegawai Farmasi