Bertentang Mata Dengan Dinosaur di Jurassic Research Centre!

20 Jan 2022 • 4:07 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Jom kita patah balik ke zaman Jurasik dimana satu zaman dinosaur berkeliaran di mukabumi! Jurassic Research Center adalah salah satu taman tema dinosaur dan berada di Level 4, Resort World Genting Malaysia. Memang satu lokasi yang sesuai untuk anak-anak yang gila dinasour.

image is not available

Korang boleh bertentangan mata dengan dinosaur favorit korang, ala yang macam dalam filem Jurrasic Park dan Jurrasic World!

image is not available

Lokasi : Level 4, Sky Avenue, Resort World Genting Malaysia

Waktu Operasi : 10.00 am – 10.00 pm

Harga Tiket (Subject to change)

  • Dewasa RM50
  • Kanak-Kanak RM45
  • Dewasa (Member) RM45
  • Kanak-Kanak (Member) RM40

Telefon : +603 2718 1118

Korang juga boleh dapatkan Combo Tiket yang tersedia dengan harga yang lebih bebaloi, takkan singgah nak tengok dinosaur je kan. Alang-alang korang boleh pergi ke taman tema lain di sana seperti Jungle Gym 2hrs, Zombie Outbreak, Ripley’s Believe It Or Not dan juga Alive Museum.

image is not available

Terdapat pelbagai spesis dinosaur yang ada kat sana, dari herbivor dan karnivor, burung dan reptilia, mamalia dan bermacam lagi. Pameran kat sini memang bersaiz besar, macam hidup la dinosaur kat sini! Bertambah real dengan lampu yang malap dan juga tumbuh-tumbuhan yang melengkapi suasana di sini.

image is not available

Sumber: 360tour.asia