Gambar Tular Dakwa Makanan RMT Bukan Makanan Disediakan Untuk Penerima - Radzi Jidin

20 Jan 2022 • 7:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Radzi Jidin - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Siasatan terperinci Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati bahawa gambar yang memaparkan nasi dan kuah itu di media sosial, bukanlah makanan disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

“Saya telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program RMT.

“Wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan.

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Beliau berkata KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara berkenaan, dan sentiasa berusaha menambah baik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima.

Katanya pada masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah baik daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan, mulai tahun lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved